10 November 2010

Saman parking

Wak Kertu pada suatu ketika dahulu pernah bekerja sebagai seorang juruterbang pesawat Air Malaysia. Adalah dalam beberapa tahun selepas dia menjadi juruterbang, dia mengalami satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya. Kejadian berlaku di Paris.

Dalam keadaan berjalan pantas, Wak Kertu menuju ke balai polis bergerak yang ada di lapangan terbang tersebut, dalam keadaan marah menuju ke seorang polis yang bertugas.

WK: Weh, ko! Meh sini aku nak cakap!
P: Oui, je peux vous aider? (Ya, apa boleh saya bantu?)

WK: Ni aku tak puas hati dengan kau ni! Aku ada perhitungan dengan kau!
P: Désolé, monsieur. Pouvez-vous parler en français? Je ne vous comprends pas. (Maaf, encik. Boleh tak encik bercakap dalam bahasa Perancis? Saya tak faham yang encik katakan).

WK: Dah, dah! Aku tahu ko faham ape aku cakap! Ko ingat orang yang tulis cerita ni larat ke nak translate bahasa Perancis guna Google Translate setiap perkataan ko? Guna BM dah! Aku suka guna BM!
P: Eleh, aku nak bergaya sikit pun tak boleh. Dah, apeke hal ko datang sini? Marah-marah pula?

WK: Ni, ni apa ni? (sambil menunjuk sehelai kertas kepada polis).
P: Surat samanlah! Tu pun ko tak reti baca? S.U.R.A.T S.A.M.A.N. Surat saman. Harap je jadi pilot, tapi tak reti eja.

WK: Weh, jangan kantoi. Sini Paris, bukan KL. Nak eja pun jangan la eja BM. Buat-buatlah eja bahasa Perancis.
P: Dah, tukang cerita ni dah malas nak buka Google Translate, biarlah aku nak eja macam mana pun. Dah, kata nak marah, marahlah!

WK: Ha! Ni aku nak marah ni! Ape pasal aku yang dapat surat saman ni?
P: Dah, ko ada buat salah. Aku samanlah!

WK: Apa salah aku? Tak pasai-pasai aku kena saman!
P: Ko ni... bebal ke ape? Ni bacalah ni! Letak kenderaan tidak di tempat yang betul.

WK: Bilalah pulak aku salah letak kenderaan ni? Lagi pun aku datang sini aku bukan bawak kereta aku! Aku datang dengan van syarikat kot!
P: Hah, ko toksah nak bohong la. Kalu ko tak datang sini dengan kenderaan sendiri, takkanlah ko nak mengamuk macam ni?

WK: Kurang asam betol lah polis ni! Aku cakap, aku tak bawa kereta, tak bawalah! Kenapa aku kena saman pula?
P: Cuba ko ingat balik, ada tak ko bawa kenderaan kat sini?

WK: Erm... ade... tap... tapi, tu bukan kereta. Apa pasal pulak kena saman?
P: Salah tetap salah! Ko ingat undang-undang ni main-main ke? Kalau letak kenderaan tak betul tu, mengaku sajalah! Lain kali, kalau nak letak kenderaan, letak dalam petak parking yang betul! Kat depan ni, banyak petak kosong! Kereta orang lain pun parking ok je. Kenapa ko tak boleh pulak?

WK: Parking kereta kepala hotak ko! Kenderaan yang aku bawak sini pun kapal terbang aku je! Betul la aku dah letak kat tempat letak kapal terbang. Yang ko pi saman sebab aku tak parking dalam petak parking kereta ape pasal? Bebal tol la ko ni!
P: Eh, kap.... kapal terbang ke? Silap samanlah ni? Ak... hehe... sorrylah ye. Tah tabiat. Nampak benda parking bukan dalam petak perking kereta, aku saman je. Hehe!!!

WK: #%#*%&@)^(%!!!!

1 comment:

  1. bengom...part google translate paling tak bleh blah...

    ReplyDelete