16 February 2011

Kapal Terbang


Abet Ensten pergi ke negeri Sarawak untuk menyelesaikan satu kajian. Setelah seminggu di sana, dia pun mahu pulang ke semenanjung, lalu mengarahkan pembantunya Leman Koya membelikan tiket pulang ke semenanjung.

AE: Leman, ko pergi beli tiket kapal terbang ke Kelumpo. Aku nak tiket first class!
LK: Kelumpo? Apekebende Kelumpo tuh?
AE: Bebal la ko ni! Kelumpo tuh Kuala Lumpur la! Aduhai!
LK: Oohh... tapi kan bos, Kelumpo mana ada airport. Yang kat Subang tu pun dah tak guna.
AE: Ni skali lagi bebal ko ni. Memang la kat bandar takde. Diorang guna KLIA! Ko ni blaja tinggi mana ni?
LK: Saya belajar paling tinggi pun tingkat tiga sekolah saya, bos. Itupun kelas tepi tangga.
AE: Menate mu! Ko dok main aku ye! Aku tanya elok-elok!
LK: Betul lah! Bos tanya saya belajar tinggi mana kan?
AE: Bebal la ko ni. Macam manalah aku boleh ambil ko kerja dengan aku ni? Ko belajar sampai mana? SPM ke, PMR ke?
LK: Ooohhh... bos nak tahu tu ke? Saya PMR je. Itupun fail subjek Pendidikan Islam. Subjek bahasa saya je yang cemerlang dapat A.
AE: Patutlah bebal je ko ni. Dah, ko pergi beli tiket aku nak tuh! Aku ni orang cerdik ko tau! Layak duduk dalam first class je! Class lain-lain taknak! Bukan orang bebal macam ko! Faham!
LK: Baik bos!

Lalu Leman Koya pergi membelikan tiket. Setelah beberapa kemudian, Leman Koya pun pulang.

LK: Bos, saya dah beli tiket!
AE: Bagus.
LK: Tapi bos....
AE: Apa tapi lagi ni?
LK: Saya tak beli tiket kapal terbang.
AE: Aduuuuhhh!!! Yang ko tak beli tiket kapal terbang kenapa? Tiket apa ko beli?
LK: Saya beli tiket naik belon, bos!
AE: Ko ni memang bebal lah! Aku nak naik kapal terbang, bukan naik belon! Macam manalah ko buat kerja ni?
LK: Maafkan saya bos. Puas saya cari tiket kapal terbang di airport Kuching, tapi tak ada satu pun kata jual tiket kapal terbang. Jual tiket naik belon je.
AE: Ko ikut aku ke airport sekarang! Meh aku ajar ko macam mana nak beli tiket kapal terbang!

Mereka pun bergegas ke lapangan terbang dan terus ke kaunter tiket.

AE: Cik, yang cik jualkan tiket naik belon kepada dia ni kenapa? Saya nak naik kapal terbang! Bukan naik belon! Cik ni pun sama sahaja macam dia. Sama-sama bebal. Mana ada orang dari sini nak ke semenanjung naik belon! Orang naik kapal terbang! Faham!!! Naik kapal terbang!!! Saya tak nak berenang! Faham tak?!

Cik penjaga kaunter terkesima dengan Abet Ensten yang tiba-tiba menyerangnya di kaunter. Dengan muka slumber Cik itu menjawab.

C: Encik, nak kata orang bebal pun tengoklah kiri kanan dulu. Nak marah pun kajilah dulu. Orang Sarawak memang kata naik kapal terbang tu naik belon. Naik belon dengan naik kapal terbang tu sama sajalah. Macam naik kapal terbang dengan naik flight. Samalah maksudnya cik abang sayang oi!

Abet Ensten terkesima dengan jawapan yang diberikan.

AE: Eh, ye ke?
LK: Bos, bos belajar tinggi mana ya? Terkena juga bos dengan saya yang PMR gagal subjek Pendidikan Islam ni. Hehe!!!

----

Pengajaran dari Cik penjaga tiket: Jangan suka hina orang. Nanti diri sendiri terhina. Hehehe... pssst... Leman Koya tuh classmate saya dulu. Selalu chat di Facebook. Memang rancangan kami nak kenakan bos dia ni pun! Hehehe....

1 comment:

  1. yana pon da tekene gak psl belon tu oleh sape ehh??

    ReplyDelete