14 November 2010

Jatuh cinta 2

Setelah 2 tahun Abet Ensten belajar di Korea, pulang ke tanah air. Setibanya, di kampung Wan Dollah berjumpa dengannya.

WD: Abet, aku nak minta tolong ko sangat-sangat ni.
AE: Ape yang ko nak minta aku tolong lagi ni? Jangan minta bukan-bukan lagi.

WD: Kali ni serius. Aku tak main-main. Aku dah jatuh cinta dengan sorang awek ni.
AE: Cinta lagi? Dulu pun ko minta tolong pasal cinta jugak. Last-last ko main-main je. Tak naklah aku!

WD: Tolonglah Abet. Kali ni aku betul-betul serius. Ni dah ibarat penentu hidup mati aku dah ni. Aku betul-betul cintakan awek ni. Ko kena tolong aku jugak.
AE: Hurm... aku tengok ko ni macam memang serius betul dah ni. Apa yang ko nak aku tolong?

WD: Aku nak mintak ko tolong ajar aku bahasa Korea. Aku sangat yakin, kalau aku dapat berbahasa Korea, awek ni pasti akan kahwin dengan aku.
AE: Sejak bila pula ko nak tackle awek kena berbahasa Korea ni? Baca Jawi pun ko tak lepas. Ni pulak bahasa Korea?

WD: Alah, ko ni... ko nak tolong aku tak ni? Tolonglah! Aku berharap sangat ni! Tolong... please....!!!
AE: Iyalah... aku tolong.

WD: Terima kasih Abet. Kalu aku kahwin ngan dia, dapat anak, anak pertama aku nanti, aku letak sempena nama ko.
AE: Iyalah... tapi siapa yang ko nak buat bini tu?

WD: Alah, ko nak tahu ke? Tak payahlah...
AE: Banyak songeh pulak dia ni. Ko nak aku tolong tak? Tanya nama pun tak nak.

WD: Iyelah...aku bagi tahu namanya.
AE: Ha... siapa dia? Nak jugak aku kenal.

WD: Nama dia... erm...
AE: Nama dia ape?

WD: Nama dia... erm... nama dia...
AE: Cepatlah! Siapa nama dia?!

WD: Lee Da Hae
AE: %$^*&$#@!!!!!

No comments:

Post a Comment