Mael Dondang bersama-sama dengan Abet Ensten cuba beradu kecerdikan. Peraduan minda ini heboh diperkatakan di seluruh Kampung Jalan Mati. Abet Ensten, si genius berkelulusan doktor Ph.D dari Universiti Expert melawan Mael Dondang, si kuli Uncle Lim dan tak pernah lulus SRP walaupun tiga kali mencuba nak meluluskan diri. Kini sudah tiba ke pusingan penentuan, siapa yang gagal menjawab dikira kalah.
MD: Ko kalau cerdik sangat, sape tu Ledi Gagak?
AE: Ceh, senang je. Penyangak jalanan. Suka nyanyi macam gagak tu...
MD: Cis, betul pulak.
AE: Aku pula buat soalan. Kalau tekanan udara kat sini sama dengan tekanan udara kat Gunung Everest apa akan jadi kalau aku cuba nak bersembang dengan kau?
MD: Haha... ni ke soalan kau? Mudah jer... kita masing-masing tercungap-cungap la. Tak cukup oksigen. Bagi soalan biar mencabar la weh!
MD: Nah, soalan dari aku! Ni ada dua anak itik yang baru menetas. Mana jantannyakah? Mana betinanyakah?
AE: Chait! Soalan ciplak! Takpa, biar aku jawab. Nak, ko tengok video ni, ko dapat jawapannya... yang belakang tu lah jantannya. Hahaha!!!
AE: Nah soalan balik! Kalau ada nyamuk yang datang gigit kau, tu nyamuk jantan ke, betina?
MD: Senang sangat... betinalah!
AE: Sebab?
MD: Nyamuk jantan makan madu. Nyamuk betina je yang hisap darah. Lagi pun, banyak awek-awek aku memang mencekik darah aku. Sebab tu senang je soalan ni.
AE: Ceh, betul la pulak pasal nyamuk tu....
MD: Haa... dah terlanjur cakap pasal laki perempuan jantan betina ni, meh aku nak bagi soalan kat kau. Kalau tikus sebenar, mudah untuk kita kenal jantan betinanya. Sekarang ni, aku ada sebuah tetikus. Tetikus ni lelaki atau perempuan? Haa... jawab... jawab... hahaha!
AE: Weh, ni soalan apa ni? Tetikus mana ada jantinalah!
MD: Aih, taknak jawab ke? Kalau kau tak jawab aku menang, hahaha!
AE: Jap, aku jawab! Lelaki!
MD: Salah, perempuan! Kau kalah! Hahaha!!!!
AE: Mana boleh macam ni! Kalau aku jawab perempuan, mesti kau kata lelaki juga kan?
MD: Apa pula, kalau kau jawab perempuan, aku betulkan kau lah. Kenapa? Tak puas hati ke?
AE: Memang aku tak puas hati. Nyatakan rasional jawapan kau!
MD: Boleh je... kau tgk tetikus ni. Kemudian, kau sendiri boleh tahu tetikus ni lelaki atau perempuan.
AE: Tak ada beza pun. Apa bukti tetikus ni perempuan?
MD: Kau tengok la tetikus ni, apa yang buat dia ni perempuan, bukan lelaki?
AE: Manalah aku tau? Tetikus ni manalah ada simbol atau tanda nak tahu benda alah ni lelaki atau perempuan.
MD: Harap je genius. Ko nak tahu tak jawapannya?
AE: Ha, apa jawapannya?
MD: Tetikus ni perempuan sebab dia pakai pad (mousepad). Kalau dia lelaki, tetikus ni tak pakai pad. Hahaha!!! Aku menang! Aku menang!
AE: Bangang! Aku juga yang kena!
Showing posts with label Karutan Fakta. Show all posts
Showing posts with label Karutan Fakta. Show all posts
04 May 2011
Lelaki ke, perempuan?
24 November 2010
Kenapa Kedah tak dijajah Portugis?
Suatu hari di kelas Sejarah, Cikgu Nora mengajar tentang kisah Melaka dijajah Portugis. Wan Dollah, Ayumi dan Leman Koya mendengar dengan khusyuk tentang apa yang diajar oleh Cikgu Nora.
CN: Melaka mula dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis, yang dipimpin oleh Alfonso Albuquerque. Dengan kekuatan tentera laut yang ada, dan kepincangan dalam negeri Melaka sendiri, Portugis akhirnya berjaya menawan Melaka. Sultan Mahmud Syah pula berundur ke Muar.
LK: Cikgu, masa tu, pahlawan Melayu lima bersaudara takde ke nak halang Portugis?
CN: Oh, diorang dah lame meninggal. Diorang hidup zaman Sultan Mansur Syah.
A: Oh, habis tu, takkan tak ada senjata canggih nak lawan Portugis?
CN: Ada, tapi masalahnya orang di Melaka tak sepadu. Yang betul-betul mempertahankan Melaka tinggal Orang Laut sahaja.
LK: Kesian orang Melaka masa tu. Dah lah Hang Tuah dengan kawan-kawan dah takde. Orang berpecah belah pulak.
A: Betul tu. Kesian diorang.
CN: Itulah, nak buat macam mana, benda dah berlaku. Kita kena belajar dari sejarah yang dah berlaku.
WD: Tapi kan cikgu, saya ada belajar jugak dari sejarah.
CN: Apa dia, Dollah?
WD: Kalau kita tengok, kenapa Portugis jajah Melaka je? Kenapa Kedah dia orang tak jajah?
CN: Oh, pasal tu, Kedah kembali di bawah naungan Siam. Siam kuat masa tu.
WD: Salah! Cikgu salah!
A: Eh? Salah? Habis tu, kenapa, Dollah?
LK: Ar ah, kenapa salah? Bukan buku teks tulis macam tu ke?
WD: Orang buku teks tak nampak. Masa dulu, Portugis memang dari lama lagi nak jajah Melaka, tapi Hang Tuah dengan empat sahabat sume kuat sangat. Diorang tak berani lawan. Kena tunggu semuanya mati baru diorang serang. Dah serang, menang pulak tu.
CN: Habis tu, apa kaitan dengan Kedah pula?
WD: Lepas jajah Melaka, orang Portugis nak serang Kedah. Diorang hantar perisik. Lepas tu dia balik ke Melaka, bagi report ke Alfonso Albuquerque. Lepas tu Alfonso Albuquerque takut sangat. Terus tak jadi serang Kedah.
A: Aih, kata ada tentera kuat, hebat. Takkan dengan Kedah pun takut?
WD: Macam ni, sebelum ni, diorang serang Melaka punya susah sebab ada lima pahlawan Hang bersaudara tuh. Banyak tentera Portugis mati sebab diorang berlima. Bila dapat tahu dari kedah, bukan lima orang je, beratus-ratus Hang bersaudara kat kedah. Sedangkan lima orang Hang kat Melaka dah boleh kalahkan tentera Portugis, inikan pula beratus-ratus Hang kat Kedah.
CN: Siapa pula pahlawan Hang bersaudara kat Kedah? Tak pernah cikgu tahu.
WD: Itulah, perisik tu bagi tau, kat Kedah mana-mana ada Hang. Kalau kat Melaka ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi saje, kat kedah ada "Hang nak pi mana", "Hang dah makan", "Hang pi sana", "Hang buat apa sini", "Hang punya pasai la ni", dan macam-macam lagi. Tu pasal la Portugis takut. Banyak sangat Hang!
LK: Hang-tok kau!
CN: Cinabeng!
27 October 2010
Pemanasan Global - Bukti
Aku nak cite kat kome sume ni kesan pemanasan global. Abet Ensten panggil name benda alah ni global warming. Aku dulu pernah kerja dengan saintis terkemuka kat seluruh dunia. Salah satu saintis yang aku kenal tu lah... alah yang tu... alah... susahlah nak cakap. Yang buat air minum Yak-kot tuh... Minahru Sheruta... kenal kan? Ha... pandai, pandai. Dia tak ada kaitan pun dengan kajian pemanasan global, cuma aku kenal sebab dia tolong buat air untuk aku je mase kerja dulu.
Aku nak khabo sket pasai pemanasan global ni. Aku jumpe benda ni dah lame dah. Deme sume je yang tak percaya aku khabo. Pemanasan global ni leh terjadi apabila bumi dah panas. Mane dak nye, asal orang berak, kencing kat atas bumi. Mane dak panas bumi ni. Cube kome yang kene berak kencing kat muke korang kan, mesti kome pun panas jugak. Tu lah, abih-abih deme sume taknak caye ape aku khabo ke deme. Takpelah. Kat sini aku nak tunjuk satu bukti bumi ni dah makin panas. Orang dah taknak pakai baju besar-besar dah. Makin lame makin kecik. Gaya macam tak nampak pon ade. Tapi takpelah. Aku pecaye deme sume tuh pakai baju. Cume halus sangat benangnye.
Ha... semalam aku dengan Sultan pi dok skodeng blakang rumah Cikgu Nora. Hehe...syok jugak skodeng blakang rumah dia. Tak sene mengene, aku ngan Sultan ade nampak banyak bende dok tergantung kat ampaian dia. Ape lagi, aku pun amekla iTepon, lepas tu snap gambar sekeping dua. Ni aku nak tunjuk sekeping.
Aku ngan Sultan musykil. Berapa banyak anak dara dia ada ni? Aku tau la yang paling kiri tu dia punya. Tapi yang lain-lain tu sape punya pulak? Dia dah ade anak ke? Aih...
Aku ngan Sultan musykil. Berapa banyak anak dara dia ada ni? Aku tau la yang paling kiri tu dia punya. Tapi yang lain-lain tu sape punya pulak? Dia dah ade anak ke? Aih...
Subscribe to:
Posts (Atom)


