29 March 2011

Karutan Santai: Mengarut

Satu hari, Aminah yang berumur tujuh tahun bertanya kepada emaknya tentang beberapa perkara.

Aminah: Mak, Minah nak tanya mak ni.
Mak: Apa dia, Minah?
A: Semalam kawan Minah kata ada makhluk asing kat dunia ni. Betul ke, mak?
M: Mengarutlah! Bohong je tu! Mana ada makhluk asing kat dunia ni.

A: Mak, mak! Semalam Minah dengar esok tahi bintang jatuh hempap bumi.
M: Mengarutlah! Bohong je tu!

A: Mak, ada lagi! Cerita 2012 tu betul ke?
M: Mengarutlah! Kalau nak jadi pun, takde manusia dah tinggal kat bumi ni.

A: Mak... ada lagi ni.
M: Apa dia, Minah?
A: Kenapa mak suka jawab mengarut je?
M: Mengarutlah kamu ni! Mak jawab betul-betul la ni. Mana ada jawab mengarut.

A: Ok.... ada lagi mak. Dalam perut mama ni ada orang ke?
M: Ada. Ni adik kamu.
A: Bila orang dalam perut mama ni nak keluar?
M: Agak-agak Minah bila?
A: Entah, mana Minah nak tahu. Mak tahu tak bila orang dalam perut mama ni nak keluar?
M: Erm... lama lagi kut.
A: Lama lagi? Kenapa lama lagi?
M: Kena tunggu papa kamu bersalin dulu. Hehehe... (dalam nada bergurau)...
A: Mak ni mengarutlah!

M: Aik, kenapa Minah kata mak ni mengarut pula? (mengganggap anaknya menjawab lelaki tak boleh mengandung).
A: Yelah... mak mengarut lah ni... mak mana boleh buat papa mengandung!
M: Erk!!!

No comments:

Post a Comment