Pages

09 November 2010

Parut Muka

Setelah 10 tahun berpisah, akhirnya Hang Kastumi (HK), Hang Lekiaq (HLq), Hang Lengkiu (HLu) dan Hang Jelat (HJ) bertemu semula di sebuah pasaraya terkenal di ibu kota.

HJ: Wah, tuan hamba sekalian. Lama sudah hamba tidak bersemuka dengan tuan hamba sekalian.
HLu: Benar, saudaraku Hang Jelat. Agak-agaknya sudah berapa lamakah kita tidak bersemuka?

HK: Entahlah, tuan hamba. Hamba pun tak pasti. Sudah berapa lama ya kita tidak bersemuka.
HLq: Aih, Hang Kastumi, tuan hamba yang paling handal dalam ilmu hisab pun tidak pasti berapa lama kita tidak bersemuka?

HK: Iyalah, korang ni cakap cara orang Melayu lama, manalah ada can aku nak kira berapa purnama tak berjumpa. Kalau guna yang moden kan senang, 10 tahun tak berjumpa. Tak payah kira berapa purnama.
HLq: Ceh, harap je cerdik tapi malas. Mengaku sajalah malas. Dari dulu sampai sekarang asyik malas saje ko ni. Tak berubah langsung! Haha....

HJ: Dah, dah. Aku pun dah lupa jugak skrip aku ni. Cakap bahasa Melayu moden sajalah.
HLu: Aku pun setuju, tapi korang jangan lupakan langsung bahasa lama kita. Eh, aku baru perasan, kenapa muka korang semua ada parut? Korang bergaduh ke?

HJ: Aku ni, takkan korang tak tahu. Aku dapat semasa aku bertempur dengan Hang Bertuah tu.
HLq: Eh, Hang Bertuah hunus keris ke muka kau ke?

HJ: Eh, mana ada. Kita orang sama-sama lupa bawak keris. Pistol pulak masing-masing punya lesen dah expired masa tu. Kita orang bertinju sajalah.
HK: Jadi, bagaimana kau mendapat parut ni?

HJ: Erm, masa tengah gaduh Hang Bertuah bagi buah penyudah kepada aku. Lalu aku jatuh terhantuk pada bucu meja. Ini sebablah aku dapat parut ni.
HLu: Oh, trajis juga ya. Kau, Lekiaq. Apa jadi dengan kau? Bergaduh juga?

HLq: Aku tak bergaduh. Aku dapat semasa berperang dengan komunis. Ada sekali aku kena tahan. Semasa aku nak lepaskan diri, ada pengawal terserempak dengan aku. Lalu kami beradu. Semasa beradu tu, dia tiba-tiba hunus pisau ke muka aku. Lalu tertorehlah muka aku. Tak aci betul dia ni.
HLu: Ni lagi trajis. Kau pula, Hang Kastumi. Apa kes?

HK: Aku dapat masa aku jadi polis trafik. Aku dalam operasi banteras mat rempit ni. Ada sekali aku nak tahan mamat sorang ni, tiba-tiba dia langgar aku. Aku terpelanting setinggi 3 meter. Adalah sempat buat pusingan 2 kali twist dengan 4 setengah somersault. Aku sangkakan di kolam renang, lalu aku humbankan muka aku dulu. Sekali jalan rayalah pula.
HLu: Kau ni, tahulah kau ni johan olimpik terjun anjal 10 meter, tapi janganlah sampai tak tahu beza kolam renang dengan jalan raya. Ko ni memang trajis betullah.


HJ: Ha, kau ni asyik tanya orang sahaja. Kau apa sebabnya pula?
HLu: Nak aku cerita ke? Tak payahlah.

HK: Eleh, nak sorok-soroklah pula. Tahulah kau yang paling trajis, tapi takkanlah dengan kami pun nak sorok?
HLu: Hehe...iyalah, aku cerita. Aku dapat semasa di rumah. Aku potong petai. Aku nampak ulat petai, aku terkejut lalu pisau yang aku pegang tertoreh muka aku.

HJ: Ulat petai? Hahahaha!!!! Sungguh trajis!!!!

1 comment:

  1. menarek!..haha..org pon pnh tekejut ulat gak...tp xde r teplanting pisau2...hehe

    ReplyDelete