Pages

06 November 2010

Hilang Barang

Suatu hari di balai polis, seorang polis menerima laporan daripada seorang yang kehilangan barang. Namanya Wak Kertu.

WK: Tok polis, tolong saya tok polis.
P: Apa dia? Rilek-rilek. Cuba bagi tahu saya apa yang hilang.

WK: Tok, tolong saya. Saya kehilangan barang ni.
P: Ok, baik. Apa barang yang hilang tu?

WK: Kereta saya. Kereta saya hilang!
P: Kereta hilang? Ini kes besar ni! Dalam sejarah saya jaga daerah ni tak pernah ada kes hilang kereta! Macam mana boleh hilang?

WK: Saya tak tahu. Saya letak kereta saya kat parking nombor 323 tu. Lepas tu saya masuk la supermarket. Bila saya keluar je, saya ke petak parking yang sama. Tiba-tiba saya tengok kat petak tu kereta lain pulak. Bukan kereta saya.
P: Ish, ini masalah besar. Apa jenama kereta encik?

WK: Ferrari F430.
P: Ish, ni masalah besar ni! Mahal kereta ni! Baiklah, tunjukkan saya tempat kejadian.

Apabila sampai ke tempat kejadian.

WK: Eh! Saya dan jumpa kereta saya!
P: Aik? Mana kereta encik? Saya tak nampak pun Ferrari F430 encik?

WK: Eh, takkanlah tak nampak. Ni ha depan ni. Kereta saya. Ferrari F430 saya. Cuba tengok tepi pintu ni. Kan besar tulis Ferrari F340!

P: &%*)@!%#@!

2 comments: