03 November 2010

Beli beras

Semalam, aku jalan-jalan ada nampak dua orang ni. Pelik je diorang gaduh-gaduh pasal beras. Lalu aku pun mendekati dia orang sebagai pendamai la. Aku pun bertanya apa masalah. Cewah, ibarat YB la pulak kan. Haih... mengarutlah pulak aku ni.

Aku: Helo, Uncle Lim. Apa pasai gadoh-gadoh? Haiya... talak baik ma gadoh-gadoh.
UL: Haiya... lu sijak bila jadi Cina wo? Kecek Cina pun talak leti.

Aku: Alah, Uncle. Saya bukannye ape pon. Saya tak reti tulis Cina nak buat cerita dalam entri ni. Saya buat je la mane saya reti.
UL: Oh, haiya! Wa lupa wo. Hali ni ala shooting celita masuk blog wo! Soly, soly.

Aku: Okeh, takde masalah, Uncle. Ha... cuba cerita ape masalahnye Uncle?
UL: Ini olang sikit-sikit suka cali susah wo. Hali-hali mau datang wa punya kedai cali belas.

Aku: Lah, Uncle. Ni kan kedai Uncle.
UL: Memang la ini kedai wa punya. Tapi wa hali-hali sudah kasi tahu wa punya belas talak jual itu belas ma. Hali ini, wa sulah bengang sama ini budak wa kasi tau mana wa letak itu belas. Dia pigi cali talak jumpa, ini budak kasi malah sama wa pula. Haiya! Manyak susah wo ini budak! Wa yang sulah memang mau malah, apa lagi? Wa malah la sama ini budak!

Aku: Ha, Leman Koya, betul ke ape yg Uncle Lin cakapkan ni?
LD: Betul, Pak Karut.

Aku: Kan Uncle ni dah banyak kali bagi tau dia tak jual beras, kenapa kau datang sini lagi?
LD: Iyalah, mak suruh pergi kedai beli beras. Uncle Lim kan ada kedai, saya tanyalah Uncle Lim kalau-kalau ada jual beras.

Aku: Ya tak ya jugak. Uncle, kenapa uncle punya kedai tak jual beras? Kesian budak ni. Tak pasal-pasal kena marah. Uncle pulak jadi marah-marah. Kita tak baik gadoh-gadoh ni, Uncle. Kita 1Malaysia. Kena baik-baik sesama kita. Kalau tak, macam mana kita nak bersatu? Macam mana nak kita maju?
UL: Haiya. Lu cakap sulah celedik (cerdik). Itu 1Malaysia wa memang sokong wo. Tapi mana mau talak gadoh-gadoh. Ini budak cali belas dekat wa punya kedai. Lu Pak Kalut sama bikin wa malah. Lu olang talak nampak ka ini punya besar papan tanda "Kedai Jahit Uncle Lim". Wa kasi tulis dalam Bahasa Melayu mau kasi itu Melayu, Inda faham wo. Tapi lu dua olang talak nampak. Wa mana ada jual belas ma! Haiya!!

Lepas tu Uncle Lim mengomel dalam bahasa Mandarin yang aku tak reti melainkan 'wo ai ni'.

Aku: Alamak! Macam mana boleh silap da? Aku yang nak tolong damai, aku pun kena jugak! Weh, Leman. Ko pun satu, dah tau ni kedai jahit, apa pasai ko cari beras kat sini pulak? Koya je ko nih!
LK: Hehehe...

Pengajarannya, aku ni kena reti jugak. Jangan salahkan orang lain je tanpa soal selidik. Yang Leman ni. Kalau nak cari suatu benda, mestilah kena pada tempatnya. Habis malu aku. Tercalar muka aku yang hensem bergaya ni. Ish!

1 comment:

  1. hua hua hua..best2...tp ayat last tu tercekik roti dibuatnya...lalala...hik3~

    ReplyDelete