Pages

31 October 2010

Wira

Pada suatu hari, Mak Cik Joyah diinterview oleh Minahkumarisini dan Ayumi untuk menyiapkan kerja projek Kajian Tempatan mereka. Tajuk projek mereka adalah Pahlawan Di Kampung Saya.

MK: Pekabo Mem J (nama glamour Mak Cik Joyah)?
MCJ: Baik jo. Buat apa kome datang rumah aku pagi-pagi buto ni?

MK: Hehe... saya dan Ayumi ni nak datang nak interview Mem J.
MCJ: Eh, apo lagi la kome nak interview aku ni? Karya artis aku dah lama habis pun. Tak main la gosip-gosip ni.

A: Aduh, Mem J, kami bukan nak tanya pasai Mem J pon. Kami nak tanya pasai arwah suami Mem J. Wak Kertu.
MCJ: Oh, ye ke? Maaflah, ye. Aku ni perasan memang lebih. Hehehe....

A: Hehe... kami tau lama dah pun. Hehehe... Ha, Mem J, dengar cerita arwah pernah jadi wira atau orang puteh panggil hero?
MCJ: Memang pernah pun. Selalu jugalah dia jadi.

MK: Wah, hebat betul! Ceritalah kepada kami.
MCJ: Hehe... meh aku cerita. Dulu, arwah memang hebat. Semasa dia jadi polis dulu, dia nak kejar penjahat tu, kalau boleh sampai ke lubang cacing pun dia nak kejar. Kalau kejar-kejar kereta sambil tembak-tembak, lepas tu kereta terbang, bergolek, letup sana, letup sini tu perkara biasa lah tu. Yang lagi hebatnya secalit luka pun dia tak kena.

A: Wah, hebat betul! Apa lagi cerita yang dia ada?
MCJ: Yang ni masa dia masuk tentera pula semasa perang dengan Komunis dulu. Pernah sekali, dia tersesat semasa buang air kat hutan. Sekali dia kena ambush dengan Komunis. Apa lagi, dia dengan hebatnya dapat bunuh semua pengganas Komunis tu. Ketua Komunis dapat dia tangkap. Sebutir peluru pun tak kena arwah. Sekali bila check semula, dia bunuh lebih 120 orang Komunis masa tu.

MK: Mak aih! Hebat betul! Arwah ni memang kebal ke?
MCJ: Kebal? Tak juga. Dia ni biasa je. Tapi orang dah kata macam tu nak buat macam mana lagi. Tapi tu lah, setiap operasi yang dia pergi, luka pun tak pernah! Masa gaduh-gaduh dengan orang mengamuk dulu pun, kena tetak parang pun tak lut!

A: Kemudian, apa sebab arwah meninggal?
MCJ: Mati jatuh tangga, sebab lari takut kumbang.

No comments:

Post a Comment