29 October 2010

Sedih

Hari ni, aku rasa sedih sangat. Iyalah, dari dulu aku menunggu. Bukan sehari dua, tapi sampai bertahun-tahun. Dari aku mula kenal makna dunia digital sampailah aku dah berbulu-bulu misai aku tumbuh.

Korang bukan tak tahu, dah sampai 3 awek aku bertukar aku tunggu benda ni. 20 pasang kasut aku bertukar aku tunggu benda ni. Kalau sepasang kasut aku beli seposen setengah takpe lah jugak. Tapi sepasang kasut aku beli empat kupang sebelah kasut. Mane dak mahalnye kasut tuh. Ish!

Sape tak kenal aku? Sume kenal aku! Tapi dalam hal ni, aku memang sedih! Sedih sangat... nak nanges pun ade. Tapi disebabkan banyak awek-awek terkenal kenal aku, aku dengan selambanya buat-buat macho lah.

Aku dah tak tahan lagi. Mana boleh macam ni! Kalau penyokong bola sepak Kelantan boleh buat kecoh kat stadium, aku boleh buat lagi hebat lah!

Korang jangan buat aku sedih macam ni! Aku tak tahan lah! Hish! Kalau macam ni lah keadaannya, aku takkan bagi can korang lagi dah!

Dah! Dah! Pergi kau dari sini! Ayumi! Bak sini remote control tu! Dah dah la tu tengok kartun! Aku nak tengok bola ni! Shooohh!!! Siaran ulangan pun jadi la...

No comments:

Post a Comment