24 October 2010

Tak ada line

Pak Mat Tempe telefon aku. Nak bincang pelan rombongan ke rumah Cik Kiah.

PMT: Helo, Pak Karut!
PK: Ha, apa dia Pak Mat Tempe?

PMT: Aku nak ajak kau pergi rombongan ke rumah Cik Kiah. Kau nak ikut tak?
PK: Boleh je, tarak hal! Bila nak bertolak ni?

PMT: Dalam petang ni ok tak?
PK: Tarak hal punyalah! Cik Kiah tahu ke kita nak buat rombongan ke rumah dia?

PMT: Tak tahu lagi. Kejap lagi aku nak telefon la ni.
PK: Orait gak tu. Cik Kiah ni bukan jenis suka orang buat kejutan kat dia. Nak telefon pun boleh terkejut. Inikan pula pergi rumah dia.

PMT: Betul tu... tapi aku nak minta tolong kau telefon dia sekarang boleh tak?
PK: Aih, kenapa kau tak telefon je? Habis kredit ke?

PMT: Tak lah.
PK: Habis tu, kenapa tak telefon?

PMT: Aku sekarang tak ada line la.
PK: Aih, sedap-sedap kau telefon aku sekarang ni boleh kata tak ada line?

PMT: Bukan tu lah! Bini aku dok sebelah. Nanti kantoi la aku telefon Cik Kiah nak pergi rombongan nikah ke sana.
PK: ....

No comments:

Post a Comment