24 October 2010

Ahli karut menyeru

Sebelum aku buka gelanggang, aku kena seru semua jembalang-jembalang yang ada di seluruh tanah air. Barulah sedap kalau nak mengarut.

Tempat ni aku buat untuk aku mengarut sepuas-puasnya. Aku rasa kalau tak mengarut tak sah. Jadi kepada korang semua yang nak mengarut sekali pun boleh mengarut kat sini.

Sebelum aku buat entri baru, nak juga aku cuba mengarut sikit. Semalam aku ada jumpa Mak Cik Joyah, dia mengadu kat aku yang anak dia hilang. Menangis teresak-esak pulak tu. Aku yang sangat bersimpati kepada Mak Cik Joyah, bertanyalah kalau dia dah buat report polis?

Mak Cik Joyah menjawab, "mak cik report polis pun, polis tu kata mak cik telefonlah 999."

Aku jadi pelik. "Polis mana mak cik tanya?"

Dengan selambanya Mak Cik Joyah menjawab, "Polis tantri."

No comments:

Post a Comment