25 October 2010

Potong gaji

Alkisah sejarahnya berlaku di zaman Kerajaan Negeri Abaka. Apabila dua laksamana sedang bertempur sesama sendiri. Mereka adalah Hang Bertuah dan Hang Jelat.

HB: Weh, Jelat! Apesal lah kau dok derhaka pada sultan?
HJ: Derhaka ape lak ko ni? Bila pulak aku derhaka pada sultan?

HB: Iyalah, yang kau mengamuk tak tentu pasal ni. Macam laki mati bini. Apa pasai?
HJ: Mana aku tak mengamuk. Aku sangkakan kau mati dibunuh sultan. Berbulan kau tak balik.

HB: Apa da ko ni. Aku outstation la. Ada bisnes beli pistol baru untuk pertahanan negeri. Sultan pun nak beli jet baru ko tau? Ko pun satu, handphone ada, ko taknak sms aku. Kat YM pon aku selalu je online.
HJ: Aku sangkakan itu bohongan belaka. Tapi tu bukan sebab aku mengamuk pun.

HB: Habis tu? Aku ingat kau mengamuk pasal tu?
HJ: Ye la, aku ingat ko mati, aku pergi la pejabat sultan. Alang-alang kau mati, aku nak ambil jawatan ko. Ketua Laksamana.

HB: Ish ko ni. Aku ingat ko sayang aku.
HJ: Aku memang la sayang ko. Dah kalo ko mati ape boleh aku buat. Ko bukan boleh hidup semula pun.

HB: Iyelah tu... betul jugak ape ko kata. Haa... lepas tu?
HJ: Aku tanyalah sultan untuk jawatan tu. Ko tau apa dia jawab?

HB: Ha... apa dia jawapannya?
HJ: Dia jawab, aku tak boleh ambil jawatan tu. Aku ok lagi. Lepas tu dia kata lagi, gaji aku kena potong fifty percent dari purnama ni sampai 10 purnama. Bukan aku sorang je, gaji ko, Lengkiu, Kastumi, Lekiaq pu same kena potong. Sebabnya, kita selalu lepak kat warung Pak Mat Tempe depan sekolah tadika mengurat Cikgu Nora. Rupa-rupanya sultan dah lama syok kat Cikgu Nora. Aku tak khabor pada yang lain lagi ni.

HB: Eh betul ke? Habis tu aku nak bagi anak bini aku makan ape? Pampers, susu anak dah la makin mahal sekarang ni. Duit minyak kereta pun makin naik!
HJ: Betul lah! Kalau tak betul takkanlah aku nak mengamuk macam ni!

HB: Hampeh punya sultan.. gaji aku pun dipotong! Kalau yang lain-lain takpe la...diorg bujang lagi! Jebat, ko pergi rumah semua sahabat kita. Kita berkumpul di hadapan pintu pejabat sultan sekarang!
HJ: Eh, apa susah nak pergi rumah diorang. Call saje. Diji kan berada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment