25 October 2010

Musim mengawan

Di sekolah, Cikgu Nora sedang mengajar di kelas biologi.

Cikgu Nora bertanya kepada murid-muridnya, "baiklah, murid-murid. Saya nak uji kamu semua. Apakah yang ada pada manusia tetapi tiada pada haiwan?"

Kelas senyap seketika. Kemudian seorang muridnya bernama Leman Koya mengangkat tangan untuk menjawab.

"Ha, Leman. Apa jawapan kamu?"

"Jawapan saya akal cikgu. Manusia ada akal, tapi haiwan tak ada," jawab Leman Koya.

"Betul tu, Leman. Bagus jawapan kamu," puji Cikgu Nora.

Kemudian, Wan Dollah mengangkat tangan.

"Ya, Dollah. Ada apa-apa soalan?" tanya Cikgu Nora.

"Saya tak ada soalan, tetapi saya nak uji cikgu. Boleh tak?" jawab Dollah.

"Baiklah. Apa dia?"

Leman memandang kiri dan kanan, atas dan bawah. Berfikir sejenak. Lalu bertanya kepada Cikgu Nora, "Banyak-banyak musim yang ada di dunia ni kan cikgu, musim apa yang tumbuhan dan haiwan ada tetapi manusia tak ada?"

Cikgu Nora diam. Berfikir dengan gaya seperti seorang pemikir agung mengalahkan Abet Ensten, jiran rumah Cikgu Nora.

Kemudian, Cukgu Nora menjawab, "musim durian?"

"Salah. Manusia ada musim durian sebab diorang semua ni ramai-ramai tunggu kat dusun durian bila datang musim," jawab Dollah.

Cikgu Nora menjawab lagi dengan banyak jenis musim yang terlintas dalam fikiran Cikgu Nora. Namun semuanya salah. Lalu Cikgu Nora mengalah.

"Cikgu mengalah. Apa jawapannya, Dollah?" Cikgu Nora bertanya kepada Dollah.

Wan Dollah menjawab, "musim mengawan cikgu."

No comments:

Post a Comment