Pages

26 October 2010

Cakap Orang Puteh

Setelah berhenti kerja dengan Sultan, Hang Jelat dan Hang Lekiaq ke kotaraya untuk mencari kerja baru.

HJ: Weh, Lekiaq. Ko ape citer? Dapat kerja tak?
HL: Samelah nasib kite weh. Nak buat camne dah. Susah tol nak dapat kerja kat kotaraya ni.

HJ: Iyelah... asal mintak kerja, banyak betul yang diorang minta. Sijil SPM lah, pandai cakap Orang Puteh lah, macam-macam. Aku pun tak faham ape bendalah sume diorang mintak tuh.
HL: Tu la pasai. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu pun main aci duduk je.

Tak sene mengena, tetibe Hang Jelat dan Hang Lekiaq terserempak dengan Cikgu Nora.

HJ: Ehem...eh, cikgu. Apakah gerangannya cikgu berada di sini?
CN: Eh, Tuah, Lekiaq. Saya bukan apa. Saya tengah buat kajian di kotaraya ni. Apa awak berdua buat di sini?

HL: Kami... erm... kami mencari kerja baru di kotaraya. Mahu cari gaji lagi tinggi. Sultan cekik darah la... potong gaji kami fifty percent. Sampai 10 purnama pulak tuh.
CN: Oh... patutlah. Patutlah gaji saya naik hundred and fifty percent untuk 10 purnama ni.

HJ: Takleh pakai punya Sultan. Gaji kami pi bagi kat Cikgu Nora! Erm...tapi takpelah. Cikgu punya pasai, amiklah gaji kami tuh. By the way, cikgu... kajian apekah yang cikgu buat sekarang ni?
CN: Saya sedang buat kajian penggunaan bahasa Orang Puteh di kotaraya.

HL: Excuse me, cikgu. Bahasa Orang Puteh tu apekebendenye? Same tak macam bahasa Jawa? Kami ni, bahasa Jawa retilah. Bahasa Orang Puteh tak tahu pula kami.
CN: Bahasa Orang Puteh ni senang je. Bahasa ni Orang Puteh yang cakap. Lagi pun, kalau awak berdua nak cari kerja, kena pandai cakap bahasa ni. Lagi satu, saya tengah buat kajian juga macam mana nak kasi orang kita pandai cakap bahasa Orang Puteh.

HJ: Oh...baguslah begitu. Kalau begitu, dapatlah anak-anak kita... eh... anak-anak kami mudah dapat kerja nanti. Hehe...
CN: Iya... cuma saya musykil beberapa perkara.

HL & HJ: Eh, apakah yang dimusykilkan? Kami berdua sedia membantu!
CN: Hurm... kalau bolehlah. Saya musykil... macam mana orang macam Negro boleh cakap Orang Puteh, sedangkan diorang ni gelap je. Lagi satu ni lagi musykil. Macam manalah anak-anak Mat Salleh boleh cakap Orang Puteh? Belum masuk tadika lagi tuh dah pandai! Hebat betul!

HL & HJ: Yeah, you're right. Kami dah besar pun tak reti-reti lagi nak cakap Orang Puteh ni.

No comments:

Post a Comment