Pages

27 October 2010

Memotong getah

Di sebuah kampung, berdekatan dengan Lebuh Raya Utara Selatan terdapat sebuah ladang getah yang sangat besar. Di ladang getah itu, dikisahkan pernah ada seorang penoreh getah yang bernama Leman Koya.

Leman Koya adalah seorang penoreh getah yang sangat rajin. Boleh dikatakan Leman Koya ni tak pernah ponteng langsung dari keje memotong getah ni. Sampaikan suatu hari, majikannya Abet Ensten sangat terharu dengan kerajinan Leman Koya. Kerana sangat terharu, Abet Ensten memberikan cuti bergaji percuma selama seminggu kepada Leman Koya dengan harapan Leman Koya dapat berehat sebaik-baiknya di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Walaupun diberi cuti, hari pertama cutinya juga dia tidak berada di rumah. Isterinya pun pelik. Apabila Leman Koya pulang pada waktu senja, isterinya bertanya, "abang pergi ke mana? Abang dah dapat cuti, duduklah kat rumah. Takkanlah abang pergi motong getah kot?"

Leman diam sahaja tanpa berkata apa-apa.

Hari kedua pun begitu. Samalah dengan hari ketiga. Pada hari keempat, istrinya cuba menghalang Leman Koya dari keluar dari rumah.

"Abang nak ke mana ni? Minggu ni abang tak payah la pergi motong getah. Abang kan dapat cuti. Mana ada orang motong getah time cuti."

Larangan isterinya langsung tak diendahnya.

Perkara sama berlaku sehinggalah habis hari cuti. Pada hari terakhir, Abet Ensten melawat ke rumah Leman Koya. Malangnya, Leman Koya tiada di rumah. Lalu ditunggunya Abet Ensten sehinggalah Leman Koya pulang ke rumah.

Abet Ensten bertanya kepada Leman Koya, "Leman, where have you been? I cuba cari you tapi tak jumpa-jumpa. I bagi you cuti supaya you rehat-rehat di rumah. Tak payah motong getah seminggu."

Dengan selambanya Leman Koya menjawab, "Saya pergi ke tepi highway tu."

Isteri Leman Koya dan Abet Ensten kehairanan, "buat apa kat sana?"

Leman menjawab, "saya ke sana sebab tak memotong seminggu. Jadi saya duduk di kiri highway semasa saya tak memotong. Kan ada tulis kat situ, 'IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG'."

No comments:

Post a Comment