04 May 2011

Lelaki ke, perempuan?

Mael Dondang bersama-sama dengan Abet Ensten cuba beradu kecerdikan. Peraduan minda ini heboh diperkatakan di seluruh Kampung Jalan Mati. Abet Ensten, si genius berkelulusan doktor Ph.D dari Universiti Expert melawan Mael Dondang, si kuli Uncle Lim dan tak pernah lulus SRP walaupun tiga kali mencuba nak meluluskan diri. Kini sudah tiba ke pusingan penentuan, siapa yang gagal menjawab dikira kalah.

MD: Ko kalau cerdik sangat, sape tu Ledi Gagak?
AE: Ceh, senang je. Penyangak jalanan. Suka nyanyi macam gagak tu...
MD: Cis, betul pulak.

AE: Aku pula buat soalan. Kalau tekanan udara kat sini sama dengan tekanan udara kat Gunung Everest apa akan jadi kalau aku cuba nak bersembang dengan kau?
MD: Haha... ni ke soalan kau? Mudah jer... kita masing-masing tercungap-cungap la. Tak cukup oksigen. Bagi soalan biar mencabar la weh!

MD: Nah, soalan dari aku! Ni ada dua anak itik yang baru menetas. Mana jantannyakah? Mana betinanyakah?
AE: Chait! Soalan ciplak! Takpa, biar aku jawab. Nak, ko tengok video ni, ko dapat jawapannya... yang belakang tu lah jantannya. Hahaha!!!

AE: Nah soalan balik! Kalau ada nyamuk yang datang gigit kau, tu nyamuk jantan ke, betina?
MD: Senang sangat... betinalah!
AE: Sebab?
MD: Nyamuk jantan makan madu. Nyamuk betina je yang hisap darah. Lagi pun, banyak awek-awek aku memang mencekik darah aku. Sebab tu senang je soalan ni.
AE: Ceh, betul la pulak pasal nyamuk tu....

MD: Haa... dah terlanjur cakap pasal laki perempuan jantan betina ni, meh aku nak bagi soalan kat kau. Kalau tikus sebenar, mudah untuk kita kenal jantan betinanya. Sekarang ni, aku ada sebuah tetikus. Tetikus ni lelaki atau perempuan? Haa... jawab... jawab... hahaha!
AE: Weh, ni soalan apa ni? Tetikus mana ada jantinalah!
MD: Aih, taknak jawab ke? Kalau kau tak jawab aku menang, hahaha!
AE: Jap, aku jawab! Lelaki!
MD: Salah, perempuan! Kau kalah! Hahaha!!!!
AE: Mana boleh macam ni! Kalau aku jawab perempuan, mesti kau kata lelaki juga kan?
MD: Apa pula, kalau kau jawab perempuan, aku betulkan kau lah. Kenapa? Tak puas hati ke?
AE: Memang aku tak puas hati. Nyatakan rasional jawapan kau!
MD: Boleh je... kau tgk tetikus ni. Kemudian, kau sendiri boleh tahu tetikus ni lelaki atau perempuan.


AE: Tak ada beza pun. Apa bukti tetikus ni perempuan?
MD: Kau tengok la tetikus ni, apa yang buat dia ni perempuan, bukan lelaki?
AE: Manalah aku tau? Tetikus ni manalah ada simbol atau tanda nak tahu benda alah ni lelaki atau perempuan.
MD: Harap je genius. Ko nak tahu tak jawapannya?
AE: Ha, apa jawapannya?
MD: Tetikus ni perempuan sebab dia pakai pad (mousepad). Kalau dia lelaki, tetikus ni tak pakai pad. Hahaha!!! Aku menang! Aku menang!
AE: Bangang! Aku juga yang kena!

No comments:

Post a Comment