23 November 2010

Terminal bas


Ada sekali tu, Leman Koya pernah bekerja di Terminal Makmur. Kerjanya tiap-tiap hari jadi orang yang selalu terlolong-lolong kat terminal tuh. Pak Karut pun tak pasti apa nama kerjanya tuh. Masa tu juga, Wan Dollah pun ada kat terminal mencari tiket.

LK: Kelumpo skang! Kelumpo skang! Kelumpo skang! (Kuala Lumpur sekarang!)
WD: Ish, mana ni? Tak jumpa-jumpa lagi ni?

LK: Ha... bro! Mahu ke mana, bro? Kelumpo?
WD: Tak... nak...

Tanpa habis ayat, Leman Koya dah menyampuk.

LK: Ipoh? Jelai? Seremban? Kerteh?
WD: Bukan... saya nak ke...

LK: Nak ke Arau ke? Ke nak ke JB? Nak ke Kulim pon boleh! Mana-mana saje!
WD: Bukan! Aku tak nak ke tempat-tempat tu! Aku nak ke....

LK: Aih, bukan jugak? Cuba ko cerita, ko ni nak ke mana?
WD: Aku nak ke...

LK: Ha! Aku tau! Mesti nak pergi jauh kan? Nak ke Singapore ke? Ke nak ke Siam?
WD: Bukanlah! Aku tak nak pergi ke tempat-tempat ko kata tu!

LK: Habis tu? Ko nak ke mana?
WD: Aku nak ke tandaslah! Aku bukan nak ke mana-mana pun! Aku hantar awek aku je kat sini! Awek aku yang nak ke Kelumpo! Bukan aku! Tandas mana ni? Mana? Kasi tunjuk la!

LK: Er... eh, maaf... maaf. Kalau nak ke tandas, jalan straight, lepas tu belok kanan. Ada lorong kat sebelah kiri ada tandas. Maaflah ye, bro!

2 comments:

  1. haha...aku memang menyampah kalau ade tukang jerit ni kt terminal bas...nak jalan pun susah

    ReplyDelete
  2. hehehe...btul2...kekdg xsmpat nk jwb dia da tnye berderet2.....hehehe

    ReplyDelete