22 November 2010
Kepanasan
Semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, Mak Cik Joyah dan Pak Mat Tempe mengadu kepanasan.
PMT: Aduh, panas betul dalam kapal terbang ni.
MCJ: Betul tu! Panas betul!
PMT: Apalah dia orang ni, buat kapal terbang canggih, tapi masih rasa panas.
MCJ: Dia orang lupa nak letak kipas kot?
PMT: Apalah, dia orang ni. Belajar dah tinggi-tinggi, buat kapal terbang dah besar, jenama Eh-Bas! lagi pulak tuh. Kipas pun lupa nak pasang?
MCJ: Eh, kejap! Aku ada nampak something!
PMT: Nampak apenye tu?
MCJ: Nampak punca kenapa kita kepanasan.
PMT: Ape sebabnye tu?
MCJ: Tu, ha! Kat luar tu. Patutlah panas, letak kipas kat luar. Cuba letak kipas kat dalam. Gerenti tak panas punya!
PMT: Betullah! Dia orang memang bodoh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kah kah kahh. tak pepasal je makcik joyah tu
ReplyDelete