Ada tiga orang jurutera dalam sebuah kereta, sedang bergerak ke pejabat masing-masing. Seorang jurutera elektrik, seorang jurutera kimia, kedua-duanya jurutera tempatan manakala seorang lagi jurutera komputer dari Australia. Tiba-tiba, kereta mereka mati di tepi jalan. Mereka tertanya-tanya, apa masalah kereta tersebut.
Jurutera elektrik mencadangkan untuk memeriksa pendawaian kereta, kalau-kalau ada bahagian yang bermasalah atau litar pintas.
Jurutera kimia pula menganggap mungkin petrol yang digunakan ada masalah komposisi kimia di dalamnya.
Tiba-tiba, jurutera komputer bersuara, "Why don`t we close all the windows, get out, get back in, open the windows again, and maybe it`ll work !?"
Ketiga-tiga mereka terdiam.
No comments:
Post a Comment