Pages

17 January 2012

Jurutera Perisian

Seorang jurutera perisian, jurutera mekanikal dan pengurus syarikat sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat. Sedang mereka memandu menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta gagal berfungsi. Kereta yang dipandu hilang kawalan, melanggar penghadang jalan dan kemudiannya tersangkut pada penghadang jalan tersebut. Ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan, tetapi tersangkut di tepi jalan dengan kereta yang kerosakan brek.

Lalu, mereka memikirkan cara untuk memastikan mereka sampai untuk mesyuarat di Kuala Lumpur.

"Aku ada idea!" kata pengurus syarikat.

"Jom, kita berbincang macam mana nak selesaikan masalah ni. Tetapkan visi, tetapkan misi, sasaran, dan cara untuk kita mencapai sasaran kita serta tindakan seterusnya untuk meningkatkan produktiviti kita. Kemudian, selesailah masalah kita!" tambah pengurus lagi.

"Tak payah," balas jurutera mekanikal.

"Aku ada pisau Swiss ni. Aku boleh buka mana-mana bahagian kereta ni, cari apa punca masalah, kemudian baiki. Gerenti boleh selesai!" tambah jurutera mekanikal lagi.

"Sekejap! Sekejap!" jurutera perisian bersuara.

"Sebelum kita buat apa-apa tindakan, apa kata kita tolak kereta ni ke atas bukit, kita tengok kalau brek ni tak berfungsi lagi?"

No comments:

Post a Comment