Abu: Halim, kau tahu tak si Sufian tu? Bagus betul budak tu.
Halim: Eh, ye ke? Apa yang bagus pasal budak tu?
Abu: Semalam aku nampak budak tu kat masjid tunggu waktu Maghrib masuk... dia tunggu sejak lepas solat Asar lagi tu!
Halim: Ish... bagus betul budak tu.
Abu: Tu laa... lagi-lagi dia jadi imam kat masjid tu masa Asar.
Halim: Eh... masa Asar bukan ke Haji Razif yang imamkan?
Abu: Aku tak cakap pun solat masuk waktu... aku nak cakap dia tunggu lepas solat Asar jam 6.50 petang.
Halim: Ish... kau ni. Mati-mati aku ingat dia tunggu dari waktu masuk Asar.
Ahli Karut
Tempat karut marut mengarut sampai dahi berkerut.
09 November 2014
18 January 2012
Tiga Jurutera
Ada tiga orang jurutera dalam sebuah kereta, sedang bergerak ke pejabat masing-masing. Seorang jurutera elektrik, seorang jurutera kimia, kedua-duanya jurutera tempatan manakala seorang lagi jurutera komputer dari Australia. Tiba-tiba, kereta mereka mati di tepi jalan. Mereka tertanya-tanya, apa masalah kereta tersebut.
Jurutera elektrik mencadangkan untuk memeriksa pendawaian kereta, kalau-kalau ada bahagian yang bermasalah atau litar pintas.
Jurutera kimia pula menganggap mungkin petrol yang digunakan ada masalah komposisi kimia di dalamnya.
Tiba-tiba, jurutera komputer bersuara, "Why don`t we close all the windows, get out, get back in, open the windows again, and maybe it`ll work !?"
Ketiga-tiga mereka terdiam.

17 January 2012
Jurutera Perisian
Seorang jurutera perisian, jurutera mekanikal dan pengurus syarikat sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat. Sedang mereka memandu menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta gagal berfungsi. Kereta yang dipandu hilang kawalan, melanggar penghadang jalan dan kemudiannya tersangkut pada penghadang jalan tersebut. Ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan, tetapi tersangkut di tepi jalan dengan kereta yang kerosakan brek.
Lalu, mereka memikirkan cara untuk memastikan mereka sampai untuk mesyuarat di Kuala Lumpur.
"Aku ada idea!" kata pengurus syarikat.
"Jom, kita berbincang macam mana nak selesaikan masalah ni. Tetapkan visi, tetapkan misi, sasaran, dan cara untuk kita mencapai sasaran kita serta tindakan seterusnya untuk meningkatkan produktiviti kita. Kemudian, selesailah masalah kita!" tambah pengurus lagi.
"Tak payah," balas jurutera mekanikal.
"Aku ada pisau Swiss ni. Aku boleh buka mana-mana bahagian kereta ni, cari apa punca masalah, kemudian baiki. Gerenti boleh selesai!" tambah jurutera mekanikal lagi.
"Sekejap! Sekejap!" jurutera perisian bersuara.
"Sebelum kita buat apa-apa tindakan, apa kata kita tolak kereta ni ke atas bukit, kita tengok kalau brek ni tak berfungsi lagi?"

Subscribe to:
Posts (Atom)