Pages

24 November 2010

Kenapa Kedah tak dijajah Portugis?


Suatu hari di kelas Sejarah, Cikgu Nora mengajar tentang kisah Melaka dijajah Portugis. Wan Dollah, Ayumi dan Leman Koya mendengar dengan khusyuk tentang apa yang diajar oleh Cikgu Nora.

CN: Melaka mula dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis, yang dipimpin oleh Alfonso Albuquerque. Dengan kekuatan tentera laut yang ada, dan kepincangan dalam negeri Melaka sendiri, Portugis akhirnya berjaya menawan Melaka. Sultan Mahmud Syah pula berundur ke Muar.
LK: Cikgu, masa tu, pahlawan Melayu lima bersaudara takde ke nak halang Portugis?

CN: Oh, diorang dah lame meninggal. Diorang hidup zaman Sultan Mansur Syah.
A: Oh, habis tu, takkan tak ada senjata canggih nak lawan Portugis?

CN: Ada, tapi masalahnya orang di Melaka tak sepadu. Yang betul-betul mempertahankan Melaka tinggal Orang Laut sahaja.
LK: Kesian orang Melaka masa tu. Dah lah Hang Tuah dengan kawan-kawan dah takde. Orang berpecah belah pulak.

A: Betul tu. Kesian diorang.
CN: Itulah, nak buat macam mana, benda dah berlaku. Kita kena belajar dari sejarah yang dah berlaku.

WD: Tapi kan cikgu, saya ada belajar jugak dari sejarah.
CN: Apa dia, Dollah?

WD: Kalau kita tengok, kenapa Portugis jajah Melaka je? Kenapa Kedah dia orang tak jajah?
CN: Oh, pasal tu, Kedah kembali di bawah naungan Siam. Siam kuat masa tu.

WD: Salah! Cikgu salah!
A: Eh? Salah? Habis tu, kenapa, Dollah?

LK: Ar ah, kenapa salah? Bukan buku teks tulis macam tu ke?
WD: Orang buku teks tak nampak. Masa dulu, Portugis memang dari lama lagi nak jajah Melaka, tapi Hang Tuah dengan empat sahabat sume kuat sangat. Diorang tak berani lawan. Kena tunggu semuanya mati baru diorang serang. Dah serang, menang pulak tu.

CN: Habis tu, apa kaitan dengan Kedah pula?
WD: Lepas jajah Melaka, orang Portugis nak serang Kedah. Diorang hantar perisik. Lepas tu dia balik ke Melaka, bagi report ke Alfonso Albuquerque. Lepas tu Alfonso Albuquerque takut sangat. Terus tak jadi serang Kedah.

A: Aih, kata ada tentera kuat, hebat. Takkan dengan Kedah pun takut?
WD: Macam ni, sebelum ni, diorang serang Melaka punya susah sebab ada lima pahlawan Hang bersaudara tuh. Banyak tentera Portugis mati sebab diorang berlima. Bila dapat tahu dari kedah, bukan lima orang je, beratus-ratus Hang bersaudara kat kedah. Sedangkan lima orang Hang kat Melaka dah boleh kalahkan tentera Portugis, inikan pula beratus-ratus Hang kat Kedah.

CN: Siapa pula pahlawan Hang bersaudara kat Kedah? Tak pernah cikgu tahu.
WD: Itulah, perisik tu bagi tau, kat Kedah mana-mana ada Hang. Kalau kat Melaka ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi saje, kat kedah ada "Hang nak pi mana", "Hang dah makan", "Hang pi sana", "Hang buat apa sini", "Hang punya pasai la ni", dan macam-macam lagi. Tu pasal la Portugis takut. Banyak sangat Hang!

LK: Hang-tok kau!
CN: Cinabeng!

1 comment: